Sinopsis konsert Dato'_Siti_Nurhaliza_Live_In_KLCC:_Where_The_Heart_Is

Bertemakan warna putih yang melambangkan kesucian dan ketulusan, Siti memulakan persembahan dengan konsep drama muzikal yang mana secara ringkas menceritakan perjalanan hidupnya, bagaimana kerjaya nyanyiannya bermula hinggalah beliau bertemu jodoh dan terus dikagumi hingga ke hari ini.[14] Siti mendendangkan sebanyak 14 buah lagu hits antaranya "Siti Situ Sana Sini", "Kesilapanku Keegoaanmu", medley "Purnama Merindu" dan "Nian di Hati", "Jerat Percintaan", "Mawarku", "Bukan Cinta Biasa", "Kau Kekasihku", "Seindah Biasa", "Ku Mahu" dan "Pendirianku".

Siti tampil anggun dengan persalinan kedua, menghangatkan suasana dengan lagu "Muara Hati" serta sesi persembahan akustik yang memperdengarkan lagu medley "Tanpa Kalian" dan "Intrig Cinta". Beliau meninggalkan peminat seketika untuk menukar persalinan, tidak lama kemudian Siti muncul semula di pentas dan meneruskan persembahan dengan lagu medley "Stand Up" dan "Remember You". Sebagai kejutan, Siti menampilkan penyanyi Hazama dengan menyanyikan lagu saduran "Just Give Me A Reason" (nyanyian asal Pink).

Sepanjang persembahan yang dipimpin oleh pengarah muzik Aubrey Suwito serta diiringi okestra mini, Siti mengambil peluang sesi berinteraksi bersama para peminat dengan lebih dekat. Tambah istimewa, buat pertama kali Siti memperdengarkan lagu baru berjudul "Jaga Dia Untukku". Menurut Siti, lagu tersebut menceritakan tentang beliau dan suaminya. Ia kemudiannya dimuatkan dalam album Fragmen yang dilancarkan pada Jun.

Konsert berakhir pada jam 11 malam itu diakhiri dengan lagu "Biarlah Rahsia" (versi Rock) dan "Lebih Indah". Dewan tidak hanya dipenuhi peminat-peminat setia Siti Nurhaliza, malahan turut hadir tetamu istimewa Siti iaitu D.Y.A.M Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir dan permaisuri Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Menteri Pertahanan ketika itu, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir Idris Haron dan isteri. Selebriti popular tanah air seperti Ziana Zain, Erra Fazira, Shila Amzah, Sharifah Sakinah, Farahdhiya, Ezlynn dan Izara Aishah turut hadir.

Rujukan

WikiPedia: Dato'_Siti_Nurhaliza_Live_In_KLCC:_Where_The_Heart_Is http://www.airasiaredtix.com/events/SitiNurhalizaW... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://www.budiey.com/dato-siti-nurhaliza-live-klc... http://www.entcentral.com/konsert-where-the-heart-... http://galaksi-media.com/hiburan-dato-siti-nurhali... http://galaksi-media.com/semasa-where-the-heart-is... http://www.ohbulan.com/konsert-where-the-heart-is-... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2014/1/19/m... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2014/1/7/ms... http://www.sinarharian.com.my/siti-nurhaliza-kumpu...